Sunday 18 June 2017

Ramadhan 24 1438h

Dah lama aku tak mengupdate blog. Suatu masa entah beberapa tahun yang lepas aku ada juga bercita cita nak menjadi blogger, tapi aku belum cukup berkeyakinan masa itu.

Insyaallah aku cuba istiqomah kali ini. Doakan.

Friday 6 February 2015

Rezeki pembukaan 2015

Belajar.
Siapa yang tak mahu terus belajar ye tak? Siapa yang tak mahu tambah ilmu pengetahuan dan kemahiran? 
Siapa yang nak ilmunya ditakuk lama? Ye tak?

Andai kita berusaha mencari ilmu, bukankah itu satu daripada cabang berjihad. Ya, jihad itu tanda kita sayang pada Allah, tanda kita sayang pada diri sendiri.
Aturan yang Allah dah tetapkan untuk seseorang itu tentu ada hikmahnya. Kekal positif dan teruskan berdoa. 
Allah pasti akan membantu kita.

Saturday 13 July 2013

4 Ramadhan 1434 H. Catatan sebelum berbuka

Selamat berpuasa untuk seluruh muslimin dan muslimat. Bulan yang didalamnya Allah melimpahkan rahmat dan gandaan pahala serta keampunan.

Hari keempat berpuasa, seperti biasa keadaannya. 

Bersahur dan berbuka sendiri kerana tututan kerja.

Namun Allah telah memberi kan aku sekecil-kecil ujian jika dibandingkan dengan Para Rasul dan Sahabat baginda satu ketika dulu.

Dalam hidup yang sederhana ini, aku selalu mementingkan pengorbanan. 
Pengorbanan diri sendiri, keluarga, masa dan keinginan diri.

Tiada apa yang lebih penting dalam hidup aku melainkan mendapat redha dari Allah.

Allah itu maha mengetahui dan mengkehendaki keatas setiap makhluknya.

@port dickson Jun 2013

Thursday 2 August 2012

Salam Jumaat Ramadhan hari 14

Diam tak diam cepat masa berlalu. Terasa subuh jumaat 14 ramadhan ini seperti baru sahaja bermulanya ramadhan. Nafas segar. Fikiran tenang mungkin kunci untuk menjadikan diri kita lebih baik.

Berikut adalah antara amalan yang boleh dilakukan sebagai seorang mukminin untuk mendapat keampunan.

Mari sama-sama kita mengamalkannya. Insyallah.


Ikan Laga yang comel

Dari saya kecil lagi saya memang tidak tahu wujudnya spesis ikan laga yang cantik2. Yang saya tahu ialah spesis ikan laga yang biasa2 dan tidak ada ekor kembang apatah lagi yang pelbagai warna.
Entah macam mana baru-baru ini ilham darwish beria-ia suruh saya beli ikan laga.
Alah berapa lah modalnya sangat kalau nak dibandingkan dengan cantik dan uniknya ikan laga tu kan.
Saya pun pergi lah membeli sepasang ikan laga. Seekor jenis halfmoon dan seekor lagi jenis tak tau.
Bagi makan dua hari sekali. Ikan ni tak kuat makan.
Maka bertambah ramailah ahli dalam rumah.

Aplikasi blog mobile yang pertama

Malam ni baru tau ada apps ni. So tunggu lama tidak lagi terus aku 'mengetes'.