Thursday, 2 August 2012

Salam Jumaat Ramadhan hari 14

Diam tak diam cepat masa berlalu. Terasa subuh jumaat 14 ramadhan ini seperti baru sahaja bermulanya ramadhan. Nafas segar. Fikiran tenang mungkin kunci untuk menjadikan diri kita lebih baik.

Berikut adalah antara amalan yang boleh dilakukan sebagai seorang mukminin untuk mendapat keampunan.

Mari sama-sama kita mengamalkannya. Insyallah.


Ikan Laga yang comel

Dari saya kecil lagi saya memang tidak tahu wujudnya spesis ikan laga yang cantik2. Yang saya tahu ialah spesis ikan laga yang biasa2 dan tidak ada ekor kembang apatah lagi yang pelbagai warna.
Entah macam mana baru-baru ini ilham darwish beria-ia suruh saya beli ikan laga.
Alah berapa lah modalnya sangat kalau nak dibandingkan dengan cantik dan uniknya ikan laga tu kan.
Saya pun pergi lah membeli sepasang ikan laga. Seekor jenis halfmoon dan seekor lagi jenis tak tau.
Bagi makan dua hari sekali. Ikan ni tak kuat makan.
Maka bertambah ramailah ahli dalam rumah.

Aplikasi blog mobile yang pertama

Malam ni baru tau ada apps ni. So tunggu lama tidak lagi terus aku 'mengetes'.

Ramadhan

Salam Ramadhan 2012

Tahun 2012 ini bulan ramadhan mempunyai suatu rasa sayu dalam diri saya dan seisi keluarga. Lebih kurang 40 hari menjelang ramadhan ibu mertua saya telah kembali menemui-Nya. Pemergiannya secara mengejut amat menyedihkan kami sekeluarga.

Tahun 2011 bulan April bapa mertua saya lebih awal meninggalkan kami untuk menemui-Nya. Pemergian abadinya juga secara mengejut.

Saya secara jujurnya amat terasa dengan kehilangan kedua orang tua mertua saya ini. walaupun mereka bukan ibu dan bapa kandung tetapi mereka ini banyak membantu saya sepanjang lima tahun saya menjadi menantu mereka dan bersama mereka

Semoga arwah ibu dan bapa mertua saya "Abdul Razak Bin Abdul Rahman & Rohani Binti Salleh" di tempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman disisiMu Ya Rabbal Alamin.

Al- Fatihah.

Pertama

Salam sejahtera ke atas kamu.

Apa yang saya nak sampaikan disini ialah saya baru nak belajar cara-cara memblogging.
Maka apa yang saya tuliskan selepas ini mungkin mempunyai susun kata ayat yang berterabur. Maklumlah saya bukan orang sastera. Kalau orang yang ada latar belakang belajar sastera mungkin dia boleh menyusun ayat yang lebih baik dari saya.

Saya berumur 32 tahun ketika ini. Lelaki dan sudah berumahtangga. Isteri saya Rosiyanti Abdul Razak namanya. Kami dah berumah tangga lima tahun lebih.
Kebahagiaan kami diceriakan lagi dengan kehadiran seorang putera tersayang.
Muhammad Ilham Darwish namanya. (terpuji, ilham, warak). Sudahpun berusia 5 tahun.


Gambar M. Ilham Darwish ketika di Pantai Tanjung Dawai, Kedah

Gambar Isteri dan anak saya ketika di Astaka Padang SUK Shah Alam.
Rumah: Saya menetap di Sungai Petani. walaupun berasal dari Kapar, Klang Selangor tetapi disebabkan saya berkerja di sini maka saya akan terus menetap di Sungai Petani.

Kampung Halaman: Jelebu Negeri sembilan adalah kampung halaman saya yang tercinta dan terindah. Nanti dalam tajuk yang akan datang saya akan ceritakan keindahan dan keunikan kampung saya ya.

Into yang mudah dan ringkas dalam percubaan saya yang pertama dalam menghasilkan sebuah blog setakat ini. Harap-harap ada yang boleh memberi tunjuk ajar dan nasihat supaya saya boleh memperbaiki mutu dan kualiti blog saya dimasa-masa akan datang. Sekian Terima kasih.