Apa yang saya nak sampaikan disini ialah saya baru nak belajar cara-cara memblogging.
Maka apa yang saya tuliskan selepas ini mungkin mempunyai susun kata ayat yang berterabur. Maklumlah saya bukan orang sastera. Kalau orang yang ada latar belakang belajar sastera mungkin dia boleh menyusun ayat yang lebih baik dari saya.
Saya berumur 32 tahun ketika ini. Lelaki dan sudah berumahtangga. Isteri saya Rosiyanti Abdul Razak namanya. Kami dah berumah tangga lima tahun lebih.
Kebahagiaan kami diceriakan lagi dengan kehadiran seorang putera tersayang.
Muhammad Ilham Darwish namanya. (terpuji, ilham, warak). Sudahpun berusia 5 tahun.
| Gambar M. Ilham Darwish ketika di Pantai Tanjung Dawai, Kedah |
| Gambar Isteri dan anak saya ketika di Astaka Padang SUK Shah Alam. |
Kampung Halaman: Jelebu Negeri sembilan adalah kampung halaman saya yang tercinta dan terindah. Nanti dalam tajuk yang akan datang saya akan ceritakan keindahan dan keunikan kampung saya ya.
Into yang mudah dan ringkas dalam percubaan saya yang pertama dalam menghasilkan sebuah blog setakat ini. Harap-harap ada yang boleh memberi tunjuk ajar dan nasihat supaya saya boleh memperbaiki mutu dan kualiti blog saya dimasa-masa akan datang. Sekian Terima kasih.
No comments:
Post a Comment